Monday, July 22, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Day 3: Arashiyama, Kinkakuji Temple, Fushimi Inari Taisha, Gion & Kyoto University

Monday, 21st January 2013

Dah hari ketiga dah kat negara matahari terbit ni. Cuaca pun semakin menjadi-jadi sejuknya. Tapi sejuk-sejuk pun, kami masih boleh kontrol hensem dan kontrol macho pergi jalan-jalan sana sini. Huehuehue..

So pagi ni lebih kurang pukul 7 pagi kami dah check out dah dari Guesthouse Kinta ni. Angkutlah beg berbondong-bondong beratnya tu menuju ke Kiyomizu-Gojo Station. Kat station tu, kami terus terjah loker beg yang ada kat situ. Boleh tahan jugak harga loker ni. Kami ambil loker yang paling besar, sumbat semua empat backpack dan beberapa benda yang lain masuk dalam tu. Memang macam sardin. Nak tutup pun susah sampai kena himpit, tolak bagai. Hehehe..

 
Hambik kau..


Dah sumbat semua masuk loker, barulah senang nak pergi jalan-jalan. Bawak backpack kecik je. Isi apa-apa yang patut macam jajan, ceklat, gula-gula, air kosong, etc. etc. Tuna mayonis dan segala jenis sambal pun belasah dibawa jugak. Mana tau, kalau jumpa convenience store nanti bolehlah beli nasi putih yang dah siap masak tu. Kan sedap dimakan bersama kalau tengah lapar. Ecececeh.. Fikirnya maaaaakan saja kan.

Destinasi pertama kami pada hari ini ialah Arashiyama. Aku lah yang mengada-ngada masukkan Arashiyama ni ke dalam itinerary. Entah kenapa lah aku nak pergi sini. Mungkin sebab aku terpikat dengan gambar Arashiyama's Bamboo Forest yang bersepah-sepah kat internet tu? Macam cantik je tempatnya kalau tengok. Teringin jugak lah nak pergi. Dah alang-alang ada kat Kyoto ni. Bila lagi lah kan.

Hari ni kami dah boleh gunakan JR Pass untuk gerak ke mana-mana. Tapi disebabkan Kansai Pass masih boleh digunakan lagi, kami guna tu je lah. Kebetulan pulak boleh naik subway sampai ke Arashiyama. Kita gunakan lah Kansai Pass tu sepenuhnya. Dari Kiyomizu-Gojo station kami naik subway ke Gion-Shijo then jalan ke Kawaramachi naik train Hankyu Line dan turun kat Arashiyama Station. Sebelum sampai Arashiyama tu nak kena tukar train dulu kat Katsura Station.

Tunggu train..
Katsura Station.. 

Arashiyama Station.. 

Lebih kurang 40 minit perjalanan turun naik subway train, sampai lah kami di Arashiyama. Agak sunyi sepi jugak lah stesen Arashiyama ni. Mungkin masih awal pagi lagi. Nak-nak sejuk pulak tu kan. Baik duduk berhibernasi je kat dalam rumah. Dah sampai ni, kami pun memulakan lah misi untuk mencari bamboo forest tu. Sempat jugak lah kami belek peta Arashiyama kat luar stesen tu. Tapi bamboo forest nan hado! Takde dalam peta. Ah sudahh.. Sebelum ni  dah belek dah pasal bamboo forest ni. Dah tengok dah lokasinya kat mana tapi sengal sangat tak ingat. Dah tu tak print pulak tu apa-apa info pasal bamboo forest ni. Makanya, kami ambik keputusan untuk jalan je lah. Kalau ada rezeki, jumpa lah kita dengan bamboo forest tu.

Tengok peta dulu..
 
Arashiyama Station..

Kami pun berjalan saja lah menghala ke Katsura River. Aku tak tau pun sungai tu namanya Katsura River. Tengok dalam peta tadi baru tau. Kekeke.. Merepek aku ni. Jalan kaki lah kami menuju ke sana. Suasana tenang dan nyaman. Manusia yang ada pun setakat seketul dua je. Masih belum rancak kot orang-orang kat sini buat kerja. Masih tergolek-golek dalam rumah lagi.

Kodok comel.. 
 
Small stream..

Lepas lintas satu jambatan kecil, kami tiba di Arashiyama Park. Park ni macam kat atas satu pulau kecik gitu. Kalau sekali pandang dalam peta dah macam Yeouido kat Seoul. Tak pun macam Namiseom kat Gapyeong. Tapi ni saiznya kecik je lah. Kat seberang park sana boleh nampak Katsura River.

Katsura River..

Jalan-jalan Arahiyama Park.. 

Atuk-atuk memancing.. 

Dari jauh dah nampak Togetsu Bridge yang merentas Katsura River ni. Togetsu ni maksudnya "Moon Crossing" gitu. Alkisahnya lah kan, ada maharaja Jepun zaman-zaman dulu tengah jalan-jalan kat kawasan ni. Dah tu masa tu agaknya bulan tengah cantik mengambang. Dia nampak bulan tu ala-ala melintas merentas jambatan gitu. Dapatlah namanya Moon Crossing Bridge. Senang ekk orang dulu-dulu bagi nama.

Ni orang melintas bukan bulan.. Togetsu Bridge..

Dah cross the bridge kami tiba di satu persimpangan jalan. Ke kanan macam tak ada apa sangat, ke kiri macam sunyi je, lintas jalan ke depan nampak macam menarik. So kita lintas lah. Hahahaha.. Poyo sangat tak tau arah tuju. Jalan je selagi boleh. 

Kiri kanan banyak deretan kedai yang comel-comel. Malangnya, satu pun tak bukak lagi. Kami ni awal sangat meronggeng agaknya. Sekadar cuci-cuci mata sajalah tengok bangunan kat sini. Tak jauh kami berjalan kami nampak ada satu stesen keretapi. Stesen Arashiyama jugak. Wah. Banyaknya Arashiyama Station kat sini. Yang ni station untuk Randen Line. Yang kami naik tadi Hankyu Line. Tak sama kekdahnya Cik Temah oii.. Ni belum lagi stesen untuk JR Line pulak. Hahaha.. Baru berapa hari dah pening dengan sistem keretapi/subway kat Jepun ni. Ni baru Kyoto dek non. Kang dah sampai Tokyo nanti mau terberak baca peta subway/keretapi. 

Randen Arashiyama Station..

Opposite of Randen Arashiyama Station letaknya Tenryu-ji Zen Temple. Tenryu-ji ni salah satu tempat untuk UNESCO World Heritage Site kat Kyoto ni. Dalam gambar macam cantik. Tapi tak pulak kami masuk ke dalam ni. Setakat jenguk-jenguk dari luar je. Nak kejarkan bamboo forest punya pasal kan. Kekeke..

Tenryu-ji Zen Temple..

Jauh dah jalan tapi tak nampak pun batang hidung bamboo forest ni. Nak tak nak terpaksalah jugak tanya orang. Tapi bukan aku lah yang tanya. Kekeke.. Aku suruh Aida tanya siapa-siapa yang lalu lalang kat depan kami. Kebetulan ada seorang pakcik ni smart bergaya pakai suit bagai bawak beg bimbit. Nak pergi kerja kot. Pakcik itu ditahan. Dengan bahasa Jepun yang dah karat tu Aida pun tanya lah. Punya dia translate bulat-bulat bamboo forest tu jadi "Take-mori". Senyum je pakcik tu dan terus ke depan untuk tunjuk jalan. Hehehehe.. Arigato pakcik-san!

Jalan masuk..

Tak jauh mana dah lah sebenarnya. Lepas say thank you kat pakcik tu kami pun terus menuju ke arah yang dimaksudkan. Tersorok sikit bamboo forest ni. Kena lalu lorong kecik untuk masuk ke dalam. Landmarknye, kedai macam kat dalam gambar atas tu. Signboard dia pun kecik nau. Sekali kan bamboo forest tu bukannya "Take-mori" tapi "Chikurin". Hahahaha..

Laluan ke bamboo forest..

I tell you ha, takde apa-apa pun sebenarnya kat dalam bamboo forest ni. Setakat pathway dengan bamboo kiri kanan. Tapi aku suka tempat ni. Tenang dan nyaman je. Dengan banyak pokok buluh camtu. Cantiklah bagi aku. Mula-mula kagum. Dah jauh ke dalam rasa seram pulak. Kang ada yang jumpa anak buluh betong uwaa uwaa kat sini. Tsskk.. 

Bamboo pathway..

Bersepah-sepah..

Jauh jugak pathway nya dan besar jugak bamboo forest ni. Kat celah-celah tu ada jugak lah rumah orang. Ko anggap je lah ko kat kampung, then nampak rumah kat celah-celah pokok getah gitu. Kat satu persimpangan ni kami jumpa Nonomiya Shrine. Kalau ke depan lagi ada landasan keretapi dengan pondok kecik. Ni landasan untuk JR Line kalau tak silap aku. 

Nonomiya Shrine..

Kami tak jalan sampai hujung. Panjang lagi pathway ni. Dah sampai Nonomiya Shrine tu, kami pun patah balik ke jalan masuk tadi. Ye lah dah makin jauh ni tak ada orang lagi seram aku rasa. Kekeke..

More bamboo..

Nak buat apa ye?

Ooo buat pagar..

Okies. Dah sampai jalan besar kami berjalan semula menuju ke Katsura River. Kebetulan time-time macam ni banyak kedai dah buka. Singgah lah jugak dua tiga kedai untuk tengok barang jualan. Tak lupa jugak kedai souvenir yang ada berdekatan dengan Randen Arashiyama Station tu. Cuci-cuci mata je sebab tak ada souvenir yang berkenan di hati.

Dah! Next destination is Kinkakuji. Boleh naik tram dari Randen Arashiyama Station ni terus ke stesen terakhir iaitu Kitanohakubaicho Station. Ni pun mengikut papan tanda yang ada kat Randen Arashiyama Station tu lah. Dah sampai Kitanohakubaicho tu, kena jalan kaki dalam 15 minit untuk ke Kinkakuji. Harga tram pulak ialah JPY200. Boleh lah. Pakai Kansai Pass je. 

Tram..

Sebenarnya kan, banyak lagi tempat yang kita boleh pergi kat Arashiyama ni. Tapi disebabkan kekangan masa, kami terpaksa pilih mana yang sempat dan mana yang free je. Hehehe.. Selain bamboo forest, boleh naik Sagano Sightseeing Train untuk menikmati lah gitu keindahan Arashiyama ni. Malangnya train ni tak beroperasi masa winter. Tutup ye dari 30 Dec sampai 28/29 Feb setiap tahun. 1 Mac baru beroperasi balik. So tak ada lah rezeki kami. Nak pergi muzium, ada muzium. Dah tu ada jugak kawasan perkuburan maharaja zaman-zaman dulu. Kalau nak bersiar-siar makan angin, boleh naik bot sepanjang Katsura River, macam-macam lah boleh dibuat.

Sila scan pass atau bayar kat sini.. Tapi buat bila nak turun..

Oklah, kita naik tram. Tram ini sangat comel. Tergedik-gedik aku dibuatnya sepanjang perjalanan. Slow and steady je. Entah ceruk belakang rumah orang mana dia lalu. Macam boleh capai je dengan tangan. Hehe.. So, dari Arashiyama Station nak ke Kitanohakubaicho Station, kita kena tukar tram kat Katabiranotsuji Station. Huihhh.. Berbuih mulut ni nak sebut nama-nama station ni punyalah panjang berjela. Tergeliat lidah. Kalau tak tukar tram, selamat lah kita sampai kat Shijo-Omiya Station. Menentang arus dah pulak.

After around 20 minutes ride, sampai lah kami kat Kitanohakubaicho Station. Keluar je station terus terpinga-pinga sebab terus nampak simpang empat dan tak ada signboard mengarah ke Kinkakuji. Blur habis. Kesimpulannya, kena lah tanya pekerja kat tram station tu. Dia kata ambik jalan ke kiri dan jalan je terus sampai lah jumpa Kinkakuji. Tambahnya lagi, jauh tu nak jalan kaki, naik lah bas katanya. Ehh.. Kat Arashiyama Station tadi kata jalan kaki 15 minit je. Tak jauh mana lah tu kot kan. Kami kata ok je kot nak jalan kaki. Hahahaha.. Oklah sangat kononnya ye. Kita tengok nanti ok ke tak.

Kitanohakubaicho Station

Baru lima minit jalan dah mengah. Hahaha.. Dah tu nampak pulak Lawson dari jauh. Jeng jeng jeng. Masuk lah kejap. Kot-kot ada jual nasi ke apa ke, boleh lah beli. Memang rezeki kami lah kot. Ada jual pek nasi yang dah di masak. Tinggal masuk mulut je lah. Dah tu nampak pulak bite-size seaweed. Selamat, terus diangkut menuju ke kaunter pembayaran.

Lawson..

Persimmon 100 yen.. Manis gila ko...

Sambil jalan sambil ngunyah. Persimmon lah, jajan lah, senbei lah. To keep going lah kan. Mana lah Kinkakuji ni tak nampak-nampak signage nya. Dah lebih 15 minit ni jalan. Kok tak jumpa-jumpa. Jalan je lah pelan-pelan. Ada lah tu nanti kan. 

Senbei..

Rombongan budak sekolah..

Jalan punya jalan punya jalan sampai penat, akhirnya sampai jugak kat Kinkakuji. Cuba teka berapa minit kami jalan? 55 minit. HAHAHAHAHA!! Ye lah. Jalan slow-mo. Dah tu singgah shopping. Pukul 12 tengahari tepat kami sampai kat pintu masuk Kinkakuji. 15 minit sangat lah kan jalan kaki tu. Kalau minus shopping kat Lawson pun over 40 minutes jugak tu kami jalan kaki. Padan muka sebab tak nak dengar cakap pekerja tram tadi. Huuurrrr..

Alhamdulillah sampai..

Tiket masuk ke Kinkakuji ni harganya ialah JPY400. Bila dah bayar dan dapat tiket tu ala-ala terkejut verukz sikit lah sebab tiket tu dah macam untuk dibuat tepek ke dahi hantu lompat-lompat. Punyalah besar dan panjang. Memang boleh buat souvenir ni. Siapa-siapa yang boleh baca Chinese character boleh lah tolong translate kat aku ye apa yang ditulis kat tiket tu. 

Pintu masuk..

Tiket..

Boleh tahan ramai jugak orang kat Kinkakuji ni. Masing-masing sibuk bergambar, cari port yang menarik untuk berposing. Kami pun terpaksa mencelah-celah, cari tempat yang tak ada orang which was SUSAH. Kesudahannya, gambar pun nan hado je. Tapi boleh lah. 

Ni yang paling ok kot..

Close up..

Kinkakuji ni maksudnya Golden Pavillion. Asalnya adalah rumah pencen seorang shogun ni zaman dulu-dulu. Aku dah lupa dah nama dia apa. Boleh google lah kot nanti. Tapi bila shogun tu dah passed away, anak dia pi tukar rumah ni jadik temple. Gitu lah lebih kurang sejarahnya. Kawasan Kinkakuji ni sangat cantik dan tenang. Ada pond, ada pokok-pokok. Nyaman je gitu.

Kat pond dia pulak, ada seekor ikan ni warna dia memang lah gold. Aku tak tau lah ikan tu kena suntik ke kena cat ke sampai jadi warna gold atau pun memang original takde buat makeover, plastik surgery punya gold. Yang peliknya, dia seekor je. Kawan-kawan dia yang lain warna hitam, kelabu, coklat. Hurmm.. Misteri nusantara betul. Kalau tangkap, jual boleh jadi kaya kot?

The golden fish..

Dah habis pusing-pusing, skodeng-skodeng, it's time to balik. Tapi sebelum balik, kami nampak tempat yang agak menarik untuk picnic kat dalam kawasan Kinkakuji ni. Ada benches, bawah rimbunan pokok gitu, apa lagi, marilah kita keluarkan bekal dan momom!!

Tuna bawak dari Malaysia, nasi & seaweed beli kat Lawson..

Ditambah dengan sambal kentang + ikan bilis. Perghhh!! 

Sangat terbaik lah piknik bawah pokok ni. Nak-nak tengah lapar sangat-sangat. Memang menyelerakan lah. Habis licin semuanya. Orang yang lalu lalang jeling je. Tengok sedap nau kami makan ramai-ramai macam ni. Segala trashes sila bawak balik ye. Sebab serius, susah betul nak cari tong sampah kat sini. Kalau ada pun, recycling bin je. 

Dah kenyang, kami pun bergerak keluar dari Kinkakuji. Sempat jugak singgah kedai souvenir yang ada kat luar tu. Aku pun macam biasa lah. Tengok-tengok je. Tak tau nak beli apa.

Souvenir shop..

Next? Nak pergi ke Fushimi Inari Taisha. Kami dah tak kuasa nak jalan kaki balik semula ke Kitanohakubaicho Station tadi untuk naik tram. Makanya, kami pergi ke arah bus stop dan tunggu bas. Macam lah terer sangat naik bas kan. Tawakkalillah je ni. Kalau ikutkan experience aku kat Seoul sebelum ni, kalau kita naik mana-mana bas, mesti bas tu akan berhenti kat mana-mana subway station. Tak banyak pun, at least mesti ada satu stop tu stop kat subway station. So, kami pun tunggu lah bas. Jauh mana pun routenya kami tak kisah, mahal mana pun tak kisah sebab pakai Kansai Pass. Hehehe.. 

Dah naik tu, kami diam je. Hahaha.. Takut pun ye. Lubang telinga di bukak luas-luas. Kot-kot ada announcement nama subway station mana-mana. Then BAMM!! Announcement kata Kitaoji Station. Yes! Terus lega. Hahaha.. Sampai jugak lah kat subway station. Turun lah kami kat Kitaoji Station tu, dan cari cara untuk ke Fushimi Inari Taisha. 

Kitaoji Station..

Dari Kitaoji Station, kami ambik subway Karasuma Line dan turun kat Kyoto Station. Dari Kyoto Station pulak kami naik JR dan turun kat Inari Station. Fushimi Inari Taisha ni letaknya memang betul-betul depan Inari Station. Tak akan terlepas pandang punya lah.

Our Kansai Pass.. Siap ada indicator dah guna 3 hari..

Fushimi Inari Taisha dari Inari Station..

Masuk ke Fushimi Inari Taisha ni tak dikenakan apa-apa bayaran. FOC! Suka betul aku kalau dapat pergi tempat-tempat free macam ni. Hehehe.. So, Fushimi Inari Taisha ni salah satu landmark yang agak famous jugak lah kat Kyoto ni. Nak-nak pernah dipaparkan kat dalam movie Memoirs of Geisha tu. The opening scene lah, time Chiyo dok berlari-lari tu. Tengok dalam movie pun aku dah ternganga. Ni dapat peluang untuk pergi lagi besor lah nganga'an aku. Hihi.. Apa yang famous kat sini ialah Torii gate, pintu gerbang warna oren-hitam tu yang sangat banyak, banyak. Torii ni biasanya ada kat majoriti shrine kat Jepun ni to mark the entrance of the shrine lah gitu.

Some info lah kan untuk dikongsikan bersama. Aku ni sangat confuse kenapa kat Jepun ni, certain rumah ibadatnya dipanggil temple dan setengahnya dipanggil shrine. Bukan sama je ke? TETTT!! Salah! Kat sini, rumah ibadat Buddha dipanggil temple dan rumah ibadat Shinto dipanggil shrine. Beza tu! Tenryu-ji dan Kinkaku-ji yang kami pergi pagi tadi tu rumah ibadat Buddha. Nonomiya kat bamboo forest tadi tu Shinto punya. Same goes with this Fushimi Inari Taisha. Nak tau beza temple dengan shrine, tengok kat pintu masuknya ada Torii gate atau pun tak. Kalau ada Torii gate, maknanya tempat tu adalah shrine. Ok faham? Aku pun baru faham. Hehehhee.. For more info, boleh tengok kat sini.

Oleh sebab tempat ni famous kan, makanya ramai lah manusia kat sini. Tapi masih lah boleh jalan-jalan dan ambil gambar tanpa gangguan. Kisahnya lah kan, ada patung musang yang besar kat pintu masuk Fushimi ni. Musang ni mesti ada kena mengena dengan legend Jepun zaman dulu-dulu kan. Aida pulak kata, legend nine-tails fox bagai tu katanya asal dari Kyoto ni. Kiranya musang kat Kyoto ni keturunan nine-tails fox lah gitu. Lebih kurang lah ceritanya ye.  

Foxyyy..

Naik atas..

Aweks Jepun..

Kisahnya, orang yang datang ke Fushimi Inari Taisha ni adalah untuk jalan naik ke gunung. Hiking lah kiranya ni. Ada hiking trail dari bawah sampai lah ke puncak Gunung Inari ni. Sepanjang-panjang trail ni lah tersusun ribuan Torii gates. Dah ribu raban banyaknya macam ni, orang Jepun panggil gate ni as Senbon Torii. Maksudnya gate yang beribu-ribu lemon banyaknya lah. Aku baca kat mana entah, setiap Torii gate ni adalah sumbangan beberapa organisasi dan individu. Satu gate tu je mak oiii, mahal dek non! Kalau tengok kat setiap Torii gate ni ada ditulis nama penyumbang dan tarikh disumbangkan.

Cantik kan?

Naik lah kami ke atas. Kawasan ni sangat besar. Kami memang tak sampai lah ke puncak sana. Katanya nak ambil masa sampai 3 jam naik atas. Eiii.. Kalau jalan 15 minit pun kami ambik masa sejam, kalau yang 3 jam ni maunya kami jalan sampai 10 jam. Takmo lah..

Naik ke atas lagi..

Kami sekadar sampai kat area yang ada simbol toilet tu.. The first toilet of hiking trail. Kekeke..

Tak mampu nak naik dah..

Ok sampai sini je..

Moh balik!!

Dah! Tak lama mana pun kami kat sini. Dalam sejam je lebih kurang. Dah turun tu, kami skodeng jugak lah kedai souvenir yang ada. Kebanyakannya souvenir yang berasaskan musang. Takde lah pulak aku nak beli souvenir ni. Tengok-tengok je lah.

Foxy..

Dah turun tu lagi, kami nampak sesuatu yang sangat menarik. Takoyaki ko... Ya ampun aku ternganga tengok sotong kurita dia. Besar betul! Potongannya tu sebesar ibu jari aku. No kidding! Memang besar. Puas hati ni kalau makan. Baru je lepas makan piknik tadi kan. Tapi, nak jugak makan takoyaki ni. So, beli satu pek harga JPY500 kongsi 4 orang. Buat rasa-rasa.

Gyabooooohhh Sutunnn!! 

Tukang jual..

Huhuhuhuhu.. Sedap..

Kat tepi gerai takoyaki tu ada disediakan meja dan kerusi. Duduk situ lah makan tako ni panas-panas, sambil tengok gelagat orang. Kebetulan ramai pelancong keturunan Cina kat tempat ni. Tak pasti lah pulak dari HK ke, China ke Taiwan ke. Pastinya bukan Malaysia, sebab Chinese Malaysia sangat rajin menegur kalau kat luar negara. Aku pergi Seoul, ada yang tegur. Aku pergi NZ ada yang tegur. Sebab kenal sangat kan muka perempuan melayu terakhir macam aku ni + pakai tudung bagai. Hahahaha.. 

Dah habis makan tako, kami pun bergerak semula ke Inari Station. Nak pergi jalan-jalan kat Gion district pulak. Untung-untung boleh jumpa geisha kan. :P 

Jalan balik..

JR Inari Station..

Dari Inari Station kami ke Higashiyama Station. Naik train JR Line dan turun kat Tofukuji Station, tukar train and naik train Oto Line, turun kat Sanjo Station. Then transfer ke Sanjo Keihan Station untuk ke Higashiyama Station. Punyalah banyak kali tukar train. Boleh muntah pelangi.

Saja je turun kat Higashiyama Station sebab nak jalan-jalan menghirup udara petang gitu. Plannya nak jalan kaki sampai lah balik ke Kiyomizu-Gojo Station. Berangannya macam tu lah. Itu pun kalau larat. Ada banyak bangunan yang menarik sekitar stesen Higashiyama ni. Kami tengok-tengok dan cuci mata saja lah. Area Gion ni aku baca menggambarkan Old Kyoto. So nak tengok lah macam mana Old Kyoto tu macam mana. Menarik jugak lah.

Dah separuh jalan tiba-tiba masing-masing rasa nak pergi toilet. Macam orang gila cari toilet tak jumpa. Siap singgah mana-mana tourist spot yang available untuk cari toilet. Tapi kebanyakannya toilet traditional Jepun. Memang aku tak kuasa nak masuk. Leceh nak mencangkung bagai. Lebih setengah jam jugak lah kami pusing-pusing cari toilet tapi tak ada. Jalan pun dah tak betul dah, nak menahan punya pasal.

Cari toilet kat sini.. Hampa..

Cari toilet kat sini jugak.. Hampa kuasa dua..

Sini pun tarak!!

Last-last tu aku kata jomlah pegi subway station terdekat. Yang terdekat time tu bukan lagi Higashiyama Station. Tapi Gion-Shijo. Tu pun nak kena jalan berapa minit lagi. Memang cari pasal betul. Hehehe.. Dah sampai tu, berlumba-lumba masuk toilet menunaikan hajat. Muka masing-masing lega sangat lah bila dah keluar tu. :P Dah alang-alang kat sini, kami cari port yang agak tersorok sikit untuk solat. 

Penyelamat!!

Gion ni takdelah besar mana. Tapi meriah dan ramai orang. Banyak kedai jual makanan. As in makanan as souvenir untuk dibagi ke orang. Dia punya seni membuatnya tu, wrapping dia lagi, cantik sangat. Confirm mahal. 

Langit dah mula gelap. Dah nak malam dah. Dan hujan mula turun renyai-renyai. Tak berapa lebat, jadi masih boleh tahan lagi. Kami menyusuri lorong-lorong kedai yang ada kat sekitar Gion-Shijo Station tu. Kebanyakannya bangunan kedai-kedai ni bangunan lama-lama. Sangat traditional gitu.

Deretan kedai..

More kedai..

Then, kat satu kedai ada beberapa orang dok tertinjau-tinjau dok terskodeng-skodeng dari luar. Hurmm apa yang ditinjaunya tu? Ada jugak beberapa orang yang mengeluarkan kamera dan mengambil gambar. Sebab kami ni jakun sangat kan, kami pun ikut mengintai jugak. Nahhhh.. Tersenyum aku mengeluarkan kamera..

Ngeeeeeeee.. 

Ada geisha rupanya kat dalam. Mak oi.. Putih melepak uols. Dah tu sangat graceful. Bukak mulut pun macam tak bukak. Entah kalau aku duduk depan dia tu entah dengar entah tak suaranya. Sekadar mengsnap beberapa keping gambar je lah sebab makin ramai pulak orang dok kerumun kat luar kedai tu. Kang tak pasal-pasal kena marah dengan tuan kedai. Tak pun geisha tu sendiri keluar bambu semua orang. :P

Oraito! Dah puas jalan Gion, kami ke area Kyoto University pulak. Nak cari makan kekdahnya. Katanya ada satu restoran kat sana yang sediakan makanan halal. Oklah. Why not. Kita pergi terjah. Restoran tu namanya Camphora. Camphora tu student's cafe lah. Cuma aku tak pasti dan tak habis buat searching samada Camphora tu kat dalam kampus atau pun kat luar. 

Dari Gion-Shijo kami naik subway ke Demachiyanagi Station. Sengal sangat tak study alternatif nak ke Kyoto University. Yang taunya pakai subway je. Kalau naik bas mungkin lagi senang. Dah sampai Demachiyanagi tu punyalah menjajar cari jalan ke Kyoto University tak jumpa. Hujan dah makin lebat. Basah kuyup dah kami dibuatnya. Kami assume je jalan ikut mana. Ikut budak-budak muda berjalan. Anggap je lah diorang ni student Kyoto University. Kekeke..

Selepas hampir setengah jam berjalan dalam hujan, jumpa jugaklah Kyoto University ni. Macam nak pengsan rasa. Dah malam-malam macam ni, mana lah nak nampak sangat kan. Dengan hujan lebat lagi. So, kami terus pergi ke entrancenya. Nampak pak guard, dan terus bertanya tentang Camphora. Tak jauh mana pun. Dekat dengan entrance tu jugak. Bangunan sebelah pondok pak guard. Fuhh.. Jumpa jugak akhirnya! Marilah kita makan.

Jauh aku mencari ko..

Masa kami tiba, Camphora sangat penuh! Lah, takde harapan ke nak makan ni? Mungkin nasib kami agak baik jugak lah, ada satu meja ni dah selesai makan dan nak balik. Terus kami terjah meja tu. Cafe ni punya ambience dan surrounding sangat lah best. Rasa macam masuk tempat high-class pun ada. Dengan background music dia lagu-lagu jazz gitu. Kemain. 

Suasana kat dalam..

Bukak coat yang lencun, duduk comfortably and order makan. Nasib baik yang ambik order tu paham English. Well, kebanyakannya student yang duduk keliling kami tu kebanyakannya cakap English. Baik yang Jepun, baik yang bukan Jepun. So kira ok jugak lah. 

Menu..

Tak lama tu, makanan pun sampai. Mari kita bedal lah. Huhuhuhu.. HAPPY TUMMY! Masing-masing makan slow-mo sebab nak betul-betul menikmati makanan tu. Haha.. Over sangat. Saja makan lambat-lambat sebab masih awal lagi, dan kalau boleh nak biar coat kering sikit. 

Dinner..

Dah lepas makan tu, ada seorang pakcik ni datang menegur. Bila dapat tau kami dari Malaysia terus dia kata "Ohhhh... Mahathir." Wah. Pakcik ni kenal Tun M. Well, siapa yang tak kenal kan. Kami pun borak-borak lah ala kadar. Pakcik tu rupanya Profesor kat Kyoto University ni. Tapi lupa pulak aku nak tanya bidang apa. Samada economics atau politics ni.

Dah kenyang, it's time to go! Hujan masih lebat. Kami pun jalan melenggang kangkung. Nak balik ke subway station jauh kan. Kalau jalan laju-laju pun basah jugak. Tapi, on the way tu kami ada nampak bus stop. Hurmmmm.. Mari lah kita gunakan lagi teori pagi tadi. Bas akan berhenti kat mana-mana subway station. Hehehe.. So pergi lah kami ke bus stop tu. Rasa nak nangis bila terpampang kat situ Kitaoji Bus Terminal. Yeeehaaaaaaaaaaaaa!! Tak payah jalan kaki!

Kyodai tu Kyoto University kan?? Seimon tu Main Gate kan? Huhuhuh..

Dah. Berjaya jugak naik bas ke Kitaoji Station. Dah sampai sana, naik lah subway balik ke Kiyomizu-Gojo. Dah terer dah. Siang tadi pun naik subway dari sini jugak lepas balik dari Kinkakuji. Kat Kiyomizu-Gojo, kami ambik beg dari loker, dan terus gerak ke Osaka Station through Kyoto Station. Then, off to Tokyo! Yaaaayyyyy!! Tapi sedih jugak lah nak meninggalkan Kyoto ni. Huhuhuh..

Sampai je Osaka Station, rasa macam nak pengsan. Sebab Osaka laaaaaaaaaaaaaaaagi sejuk dari Kyoto. Dah lah basah lencun, dah tu angin kuat, dah tu Osaka Station tu open air, memang lah rasa nak maki hamun je kat situ. Maki hamun pada diri sendiri sebab tak tahan sejuk. Sudahnya kami duduk diam-diam dalam toilet. Agak-agak dah panas sikit badan tu baru cari port untuk solat.

Kami naik Sunrise Seto ke Tokyo. Overnight train lah ni yang boleh kita baring-baring, golek-golek. Disebabkan kami pakai JR Pass, makanya boleh ambik seat nobi-nobi ni without extra charge lah. Ambik yang basic je. Kagum jugak lah aku dengan overnight train macam ni sebab tak pernah naik kan. Ni memang sedap ni menggolekkan diri. Ada heater, siap berlangsir bagai. Tapi kat celah tempat masuk lah. Antara slot tu takde langsir. You can see your neighbour tergolek. Horror sungguh nak tidur sopan-sopan. Tapi nasib baik jugak lah, sebab aku takde neighbour malam tu. Hehehe.. 

My tempat golek-golek..

Tiket untuk nobi-nobi ni kami dah siap-siap beli masa sampai kat Kansai Airport haritu. Time redeem JR Pass tu. Kena beli awal sebab train macam ni selalunya penuh. Kang gigit jari kang kalau tak dapat naik. So, train gerak dari Osaka Station ni tepat pukul 12.34 pagi dan akan sampai di Tokyo pukul 7.08 pagi. Memang sempat sangat nak tidur-tidur. Cuma terpaksa alert dan pasang alarm lah sebab takut terbabas tak terjaga. 

Uihhh sedap betul baring ni. Tarik selimut dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Goodnight..

Map jalan-jalan setakat ini:-
Day 3 updates..

Kos perbelanjaan hari ni:-

Kinkakuji Temple = JPY400.00
Packed Lunch + Jajan = JPY50.00
Takoyaki = JPY125.00
Camphora = JPY682.00

TOTAL = JPY1,707.00

0 comments :