Wednesday, September 24, 2014

YOYO Express Bus from JB to KLIA/KLIA2

Kalau ko dari JB, nak pergi jalan-jalan overseas naik belon dari KLIA ataupun KLIA2, dan tiket kapal terbang dari JB tu mahal kedaung lah pulak, jangan risau, sebab sekarang dah ada bas express direct dari JB ke KLIA dan KLIA2. YAY~!!

Nama bas express ni ialah YOYO. Kemain nama dia. Nak dan turun bas ni di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Dokek dah dengan rumah aku. Senang sangat lah kan. Kebetulan lah pulak kan, aku nak pergi naik belon. Tapi tiket flight JB ke KL, waduhh. Sakit ya amat nak membelinya. Last minit punya cerita ni. Makanya, kita try test lah naik bas ni.

Kaunter Tiket..
Kasi close up dia punya timetable..

Ada banyak jugak lah trip dari JB ni. Nak kena pilih lah yang mana yang bersesuaian. Jangan lah pilih yang sampai ngam-ngam sebelum waktu departure. Kotnya jem kat tengah jalan, meraung terlepas flight. Harga tiket sehala ke ke KLIA dan KLIA2 ialah RM59.00. Masih berbaloi lah jugak sebab last minute. Besok nak jalan baru hari ni beli. Kalau tiket flight, tak mampu macam ni.

Tiket bas..
Terms and Condition..

Naik bas ni jangan lah pulak mengada-ngada bawak banyak luggage. Sila baca terms and condition yang ada ditulis kat bahagian belakang tiket tu. Berat maksimum yang dibenarkan ialah 25kg. Kalau tak silap, even though 25kg, tak boleh lebih dari 2 beg kot. Aku pun dah tak ingat. Macam terngiang-ngiang staff kat kaunter tu bagitau aku. Ke aku ngigau? Haha.. RM59 dengan 25kg, beli last minute, sangatlah ok khenn?

So, besoknya aku pun naik ler bas ni. Comel ko basnya. Ada kartun siput lagi kat badan bas tu. Harap-harap idokler jalan slow motion macam siput kan. Haha.. 

Bas tomeyy..
Seat besar dan selesa..

Boleh tahan ramai jugak yang naik bas ni. Penuh! Ada group pakcik makcik satu rombongan pergi Perth, ada yang nak pergi South Korea (aku ler tu wakaka..), pramugara MAS pun ada naik bas ni. Siap kamceng lagi dengan driver bas. Memang biasa dah kot kan naik bas ni. Tu yang dia kenal.

Perjalanan dari Skudai menuju ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Kira pecut palesit F1 jugak lah ni. Kemain sedap aku tidur kat atas bas tu. Sedar-sedar je dah sampai. 

Sampai dah KLIA2..

So, JB to KLIA dan KLIA2 menaiki bas. Boleh lah cuba kan? ^___^

0 comments :