Tuesday, November 25, 2014

SK10D9N ~ Day 3: Hi Seoul Part II: MOM House, Namsan Park, Yang Good Restaurant, Rubber Duck Project, Mouse Rabbit Cafe, Dongdaemun Design Plaza

Sunday, 26th October 2014

Hari kedua di Seoul! Aktiviti hari ni pun banyak santai-santai dan lepak-lepak, menyambung balik aktiviti mengejar Autumn Foliage yang nan hado tu. Tapi santai-santai pun, banyak jugak tempat kami singgah. :P

Awal pagi ni kami breakfast di cafe dan guesthouse milik emak si Dugong Gemok @ Dumok. Datang awal pagi macam ni senang. Tak ada orang, dan tenang je kami nak lepak lama-lama. Ahli keluarga Dumok pun takde. Belum bangun kot dek busy main Starcraft malam tadi. Haha.. 

Mom House gitu. Rumah mak lah kan. Macam best je duduk rumah mak ni. Tapi aku tak teringin pun, sebab tak kena dengan duit yang ada kat dalam poket aku ni. Harga satu malam duduk rumah mak ni, boleh duduk enam malam kat Big Bang Hostel. Boleh demam tengok harga. Jadinya, kita datang melawat je lah ye. Tapi kalau betul-betul baca pasal Mom House ni, "Mom" tu bukannya emak, or mama or mami or umi or ibu, tapi sebenarnya singkatan daripada Music Of Mountain. Lorr.. Ala-ala The Sound Of Music lah pulekk khenn. 

Mom House..

Dumok dan kakak Dumok time kecik-kecik dulu..

Mom House ni letaknya di kawasan Myeongdong. Nak ke sini, boleh naik subway train dan turun di Myeongdong Station dan keluar mengikut Exit 2. Nak lagi clear boleh rujuk pada peta yang kat bawah ni. Kami jalan kaki je dari hostel. Dalam 20 minit lah jugak. Exercise pagi-pagi ni menghirup udara musim luruh. Eceh..

Mom House location taken from http://mom2014.co.kr/

Ini kali kedua aku datang ke Mom House ni. Kali pertama dulu, sesak sesesak-sesaknya sampai tak boleh masuk. Kali ni lengang sangat. Kami je yang ada kat situ. Tak lama lepas kami sampai, baru lah ada beberapa orang customer yang datang. Pembuka rezeki kami ni. Ruangan dalam cafe ni agak besar lah jugak, kalau nak compare dengan cafe kawan-kawan Dumok yang lain. 

Dari pintu masuk..
Ruang belah kiri..
Dari tempat duduk kami..
Harta karun yang ada..

Walaupun kami dua meja je yang dioccupied dalam cafe ni, tapi service nya ya ampun lambat bebenor. Entah lah. Maybe baru nak uli tepung buat roti kot. Adalah jugak setengah jam menunggu. Hai Dumok, kalau tak upgrade service rumah mak kau ni, memang aku tak nak datang lagi dah.

Menu macam biasa.. Latte and Honey Bread..

Dah lepas makan, kami jalan-jalan tengok kawasan Mom House ni. Macam YB je main terjah-terjah. Kami terus ke rooftop. Ada taman tempat lepak-lepak. Oklah jugak. Mana lah tau kan, ko lepak-lepak sini sekali Dumok datang serenade lagu jiwang karat. Mau tak pengsan kat situ jugak. Dah tu ada sculpture tangan si Dumok ni. Boleh lah fefeeling salam-salam dengan Dumok.  

Taman Rooftop..

Aku terima nikahnya Mohd NaKYUddin Cho Abdullah...

Orait! Dah lepas breakfast ala kadar, kami pun terus ke Namsan Seoul Tower. Ini pun entah kali ke berapa aku pergi ke Namsan Seoul Tower ni. Sebelum ni jalan kaki je dari Myeongdong menonggek-nonggek naik bukit, dan kemudian naik cable car. Bila dah tau pasal escalator senget (on the way ke Namdaemun Market), kami naik escalator pulak, tak payah tonggek-tonggek. Kali ni, kami try naik bas lah pulak. Sebenarnya naik bas paling senang. Cumanya, bas ni pusing-pusing in circle. Boleh tahan lama jugak lah nak sampai ke atas tu. 

Bas yang naik ke Namsan Seoul Tower ni banyak. Oleh sebab kami dari Myeongdong, kami naik bas no 05. Bus stand pulak berdekatan je dengan Mom House. Ada banyak bus stand kat situ, cari je lah bas no 05 tu berhenti kat mana. Kat atas bas kami berkenalan dengan seorang Uncle Chinese dari JB. Excited dia bila tau aku pun dari JB. Kagum katanya tengok kami jalan-jalan sendiri tak pakai guide. Alahai Uncle, malu kami nak mengaku yang ni dah kali ke berapa jota dah kami datang Seoul ni. Uncle dan family ni jalan-jalan pakai guide. Anak saudara sendiri jadi guide. Pernah belajar kat Seoul ni satu ketika dulu.

Borak lah borak sampailah tiba di destinasi. Dah turun bas, kami pun say bye-bye. Kat Namsan ni boleh dikatakan agak meriah lah jugak, kebanyakan pokok daunnya dah bertukar warna. Boleh lah posing-posing. Tapi, nak cari port yang best tu susah bebenor bila dah ramai orang macam ni. Mana yang boleh je lah. 

Dah start..
Ponek nak menonggek naik ke atas..
Namsan Seoul Tower dari kejauhan..

Kami jalan-jalan ambik gambar je di perkarangan Namsan Seoul Tower ni. Dah dua kali dah aku naik atas ke tempat observatory, so kali ni, tak mau buang duit dah. Masuk ke dalam bangunan pun untuk cari toilet je. Hihi.. Dah tu lepak-lepak je tengok gelagat orang yang lalu lalang. Kebetulan kat perkarangan tower ni ada traditional performance. Siap ada cameraman bagai. Aku nyorok-nyorok sikit, kot-kot termasuk TV kang, kena interview bagai, haru pulak. Perasan nau konon orang tu nak interview kita. Kami balik bila orang dah semakin ramai mengerumuni kawasan tower ni. Nak balik pun, panjang berjela kami queue tunggu bas.

Ada traditional performance..

Balik lah semula kami ke Myeongdong. Next destination ialah Yang Good Restaurant yang terletak di Gangnam. Ngences bila nampak gambar abam KJ pergi makan kat sana sempena Asian Games kat Incheon hari tu . Kami pun nak try lah jugak kan. Maklumat nak ke sana kami dapat dari blog K Zarina. Gigih study macam mana nak ke sana, kedai bukak pukul berapa, and so on. Naik subway train, turun di Yeoksam Station dan keluar Exit 6. 

Jalan punya jalan, sampai lah kami ke restoran yang berkenaan. The thing is, betul lah kami datang waktu kedai bukak, tapi silapnya kami kat sini ialah tak godek betul-betul, dan tak cari info di tempat lain. Hari ni hari Ahad, restoran TUTUP!! Tau tak perasaan bila dah excited kemain, tapi akhirnya kau kachiwa frust menonggeng? Rasa nak golek-golek depan restaurant tu jadi kambing. Memang tak ada rezeki lah kami ni. Pulang lah dengan hati yang lara..

Yang Good Restaurant.. HALAL ye dek non..
Menu yang ada.. 
Open dah betul dah..
Padan muka!!

Bertabah je lah kan, tak lunch bagai. Perut dah pedih, tapi tahan kan saja. Ingat nak balik terus, tapi tiba-tiba baru teringatkan Rubber Duck Project yang sedang berlangsung kat Seoul ni. Tak jadi balik! Rubber Duck Project ni tak ada lah benda sangat, tapi disebabkan itik ni sangat lah besor dan comel dan duduk diam-diam kat tengah-tengah tasik, nak lah jugak kita say hi kat dia. Lokasi itik ni ialah di Seokchon Lake, Jamsil. Nak ke sana, kami naik subway train dan turun di Jamsil Station, dan keluar ikut Exit 2. Jalan je straight dan belok ke kiri jalan. Rubber duck on display ni sebulan je. Kalau pergi sekarang memang tak ada dah ler. Jadilah kan, tak dapat tengok kambing, kita tengok itik je lah. 

Kedai merchandise..
Cak!! Punya lah ramai manusia..
Kasi close up sikit.. Quack quack..
Kalau kecik, nak bawak masuk poket..

Dah pueh bergambar, kami pun balik. On the way balik tu kami singgah kedai Jongjin untuk minum petang. Kelaparan, kehausan bagai dah. Minum-minum je. Dah malam nanti baru cari makan. Kebetulan si Mel, geng in crime nombor 4 baru touch down Seoul dari KL. Nak jumpa dia di hostel dah tu baru pergi keluar makan. 

Vanilla Latte dan Mango Bingsu ke hapa ni.. 

Balik hostel, solat dan mandi-mandi. Dah tu keluar balik untuk dinner. Pergi kawasan Ehwa je untuk dinner. Makan tteokbokki sotong pedas. Kedai ni kawan Kia yang introduce. Dia buat master kat Ehwa Women's University tu. Dah lama tak dengar cerita, dah balik Malaysia dah agaknya kan. 

So just nice lah, makan untuk 4 orang. Dah habis makan tu, disajikan pulak nasi goreng. Memang balik ni terus tidur je, terbongkang kekenyangan. 

Bulohjingo..
Dah masak boleh makan..
Nasi goreng pulak.. 

Semalam kachiwa tak dapat tengok LED Rose Garden, hari ni kami datang balik ke Dongdaemun Design Plaza. Tapi kan, kachiwa jugak lah bila sampai, sebab LED tak hidup! Haha.. Berapa banyak kali frust menonggeng kami hari ni. Seorang security guard yang handsome pakai suit bagai macam dalam drama Korea kat situ kata, "It's raining today, so we turned off the lights". Waaaaa.. Nak aje suruh dia bukak untuk kami. Alahaii.. Sedih gila kot. Sedih-sedih pun, posing tak menahan. Sampaikan tak sesuai untuk share kat public. Haha..

Lampu tak ada!!
Kasi close up rose nya..

Semoga LED Rose Garden ni akan kekal kat sini sampai bila-bila, Next time aku datang, boleh lah ambik gambar lagi. Dah tu, balik lah kami ke hostel. Nak kena packing dan tidur awal. Besok, sebelum subuh nak kena check out. We're going to Jeju bebeh! 

Ok. Sampai sini dulu!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Topup T-Money = KRW20,000
Breakfast MOM House = KRW10,500
Mouse Rabbit Cafe = KRW4,800
Dinner Bulohjingo = KRW6,000

TOTAL = KRW41,300

0 comments :